Tahukah anda?(Did you know?)

By edy507 on 3:05 PM

Filed Under:

  • Terdapat kira-kira 15 gram garam dalam setiap gelen air laut.
  • Pada tahun 1983, seorang artis Jepun, Tadahiko Ogawa telah membuat potret Mona Lisa yang kedua. Bukan dengan cat, tetapi menggunakan serbuk roti!
  • Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yg dibena merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis itu, bermakna Britain dan tanah besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah 'dapat disatukan' semula.
  • Bukan saja ular, malah manusia juga 'bersalin kulit'. Seumur hidup, kita 'bersalin kulit' kira-kira 1000 kali, iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.
  • Di hutan Irian Jaya, wujud satu puak asli berkulit putih dan bertubuh tinggi yang menggunakan burung kakak tua sebagai pemberi amaran kepada orang asing yang cuba menceroboh kawasan petempatan mereka. Sementara itu di Papua New Guinea pula, terdapat kampung-kampung yang jaraknya hanya 3km antara satu sama lain tetapi penduduknya menggunakan bahasa yang berlainan.
  • Di pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa lama sebatang rokok itu habis dihisap.
  • Di kawasan Artik, ada waktunya matahari kadangkala kelihatan empat segi.
  • Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang di panggil Zon Sunyi. Apabila berada di sini, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut juga mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
  • Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
  • Penemuan bahawa seekor katak berkebolehan untuk muntah telah dibuat dalam satu misi ke angkasa leps. Pertama sekali, katak akan mengeluarkan perutnya supaya perutnya itu tergantung keluar dari mulut. Kemudian, haiwan tersebut menggunakan kaki hadapan untuk mengorek keluar segala isi perutnya. Setelah itu, ia menelan perutnya kembali.
  • Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
  • Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang terpantas. Beliau berupaya membaca 2000 patah perkataan seminit.
  • Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian, seurat tali akan diikat pada tangan mayat yang disambungkan kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24 jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.
  • Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
  • Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
  • Pertandingan angkat berat buat pertama kalinya diadakan dalam Sukan Olimpik di Athens pada 1896. Ia dihentikan seketika dalam temasya itu pada 1900 di Paris, dan muncul semula pada 1904 di St. Louis, Amerika Syarikat. Pertandingan untuk mencari lelaki terkuat itu sekali lagi dihentikan dalam Sukan Olimpik pada tahun-tahun berikutnya (1908 dan 1912), dan menjadi acara tetap temasya sukan tersebut mulai 1920, yang diadakan di Antwerp, Belgium.
  • Pada tahun 1968, satu konvensyen pengemis telah diadakan di Dhaka, India. Menariknya, antara lain konvensyen itu telah menyerahkan satu resolusi kepada kerajaan untuk menuntut jumlah minimum sedekah mestilah sekurang-kurangnya 15 paisa (lebih kurang 5 sen).
  • Dalam setiap abad, satu pertiga daripada populasi dunia memeluk agama Islam.
  • Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukai dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.
  • Sekarang musim panas. Bahangnya sampai ketulang, tekak sentiasa mencari air. Kalau anda rasa sengsara, bersabarlah, kerana penghuni bandar Calama di Gurun Atacama, Chile, lebih sengsara. Jangan terkejut, bandar itu tidak pernah mengalami hujan!
  • Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut!
  • Pada Zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
  • Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
  • Sepanjang 3500 tahun yang lepas, hanya 230 tahun saja penduduk dunia ini dapat hidup dengan aman. Tahun-tahun selebihnya diisi dengan peperangan dan pembunuhan sesama manusia, demi mendapatkan kuasa dan kekayaan.
  • Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjara jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
  • Pada zaman tamadun India dan China kuno dahulu, penduduk di beberapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
  • 'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
  • Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebutnya 'Bitch' (perempuan jalang).

0 comments for this post