Susu Ibu vs Bisa Ular Tedung

By edy507 on 2:41 PM

Filed Under:


Kenneth Hampson sedang memandu di sebuah kawasan belukar di Bulawayo, Zimbabwe, pada 2 November 1982, apabila keretanya tiba-tiba mengalami kerosakan. Lelaki itu turun lalu membuka bonet keretanya untuk mencari punca kerosakan. Tetapi sebaik penutup bonet terbuka, dia terkejut apabila seekor ular tedung selar muncul dari celah-celah engin kenderaannya.
Ular tersebut tidak memagut Kenneth, sebaliknya menyemburkan bisanya ke muka lelaki itu. Kenneth bergegas menyelamatkan diri sambil menekup mukanya yang terasa pedih dan panas. Penglihatanya juga menjadi kabur.
Kenneth bernasib baik kerana tidak berapa lama kemudian sebuah lori melalui kawasan berkenaan dan pemandunya turun menghulurkan bantuan. Lelaki kulit hitam itu seterusnya menolak Keneth ke arah isterinya yang ketika itu sedang menyusukan bayi. Kemudian, Kenneth diminta berbaring manakala wanita berkenaan menyemburkan susunya ke dalam kedua-dua belah mata lelaki itu.
Kenneth digegaskan ke Hospital Besar Bulawayo dan selepas diberikan rawatan, doktor mmberitahu sesuatu yang amat mengejutkannya. Kata doktor, tindakan wanita berkenaan telah menyelamatkan Kenneth daripada menjadi buta. Menurut doktor tersebut, semburan bisa dari ular tedung amat berbahaya. Ia boleh membunuh haiwan lain dan mampu membutakan mata manusia.
Bagaimanakah susu ibu boleh menawar bisa ular?
Jelas doktor, ini terjadi kerana susu ibu boleh meneutralkan neurotoxin, mencairkan racun serta melegakan kesakitan.

0 comments for this post