Teruskan Perjuangan

By Asy on 11:13 PM

Filed Under:


"Kegagalan dalam kemuliaan adalah lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Walaupun ada sedikit kegagalan tetapi perlu diingat bahawa setiap kejadian itu tentu ada hikmahnya.... Ini kerana hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Dalam perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Jadi gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Ingatlah sahabatku... Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang... Ini kerana rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

0 comments for this post