Ramadhan Ya Ramadhan

By edy507 on 5:41 PM

comments (0)

Filed Under:

30 Ramadhan 1428H, sebulan sudah berlalu, kini Ramadhan sudah ke penghujungnya. Orang ramai sebok membeli-belah untuk menghadapi Shawal yang bakal menjelma. Sebelum Ramadhan meninggalkan kita, marilah kita bertanya pada diri kita, adakah kita akan di temukan lagi pada Ramadhan yang akan datang?
Kini Shawal menjelma, disamping kita meraikannya, kita janganlah lupa pada orang yang telah tiada dan orang yang tiada berkemampuan.

Al-Fatihah pada semua muslimin dan muslimah yang telah pergi.

Menziarahi Pusara Part(2)

By edy507 on 7:33 PM

comments (0)

Filed Under: ,

Friday, 26/9/2008, we went to Batu Marang cemetery although it was a rainny day. This is not the first time we went to the cemetery during the rainny seasons. If I'm not mistaken, during the mid 90's we went to the same cemetery with the same weather.
To reach to the cemetery, we have to use a boat. So we rent a boat from one of the villagers. We park our car at Sungai Dua jetty, we usually park out car at Batu Marang's parking area, but since it's hard to find a free parking space, so we decide to park at Sungai Dua jetty and straight away climb down to the boat. It usually took us 15 to 20 minutes to reach the cemetery jetty. But since that day it was rainning and the water was too shallow, so it took us nearly half an hour to reach the cemetery jetty.
This year we missed two cemeteries; Subuk (our Great-Granduncle), and Kubah Makam DiRaja (ZeeZool's Grandfather).

PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Click Picture to view album

Mencari Malam Al-Qadar

By edy507 on 9:59 PM

comments (0)

Filed Under:


Malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari seribu bulan, di mana ia terjadi di bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Ada riwayat menyatakan terjadinya Al-Qadar itu pada malam hari-hari ganjil pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan (21,23,25,27 dan 29 Ramadhan). Saya pernah terdengar bahawa salah satu tanda-tanda datangnya Al-Qadar ialah di mana pada hari itu suasana sekeliling berkeadaan tenang.
Pada hari ini, saya menyedari bahawa keadaan sekeliling berkeadaan tenang, tetapi adakah ia malam Al-Qadar? Hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya. Alangkah beruntungnya jika kita menjumpai malam Al-Qadar itu.
Wallahualam~~~

Menziarahi Pusara

By edy507 on 7:30 PM

comments (0)

Filed Under: ,


Today me and my families went to the cemetery. It suppose to be at Batu Marang's cemetery, but since next week will be a pay day and to avoide from traffic jam, so we change our plan to go to the Limbungan (my grandfather and aunt's grave), Rangas (Zeezool's brother and sister's grave) and Jame' Asri Hassanal Bolkiah's (my grandmother's grave) cemetery. I did take some pictures while we are at the cemetery, but not using my Nikon camera, so the quality of the pictures will not be that good since I'm just using my handphone to the the pictures, nevertheless, picture is a picture right. Hehehe...

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Click any photo to view album

Sejarah Ayat Al-Kursi

By edy507 on 12:05 PM

comments (0)

Filed Under:


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-HadisRasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.

Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanyaDari Abdullah bin 'Amr r.a. ,

Rasullullah s.a.w. bersabda, ' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...

Ahlanwasahlan Ya Ramadhan

By edy507 on 4:35 PM

comments (0)

Filed Under:

Setelah setahun berlalu, kini ia kembali. Ramadhan mengajar kita supaya banyak-banyak bersabar, Ramadhan jua mengajar kita supaya beriman dan bertakwa kepada-Nya. Di bulan ini juga terjadinya berbagai peristiwa penting dalam sejarah Islam, di antaranya ialah turunnya ayat-ayat Al-Quran, dan peristiwa itu dikenali sebagai Nuzul Al-Quran. Di bulan ini juga mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam itu ialah malam "Lailatul Qadar". Di mana pada malam itu semua doa'-doa' di kabulkan dan amalan-amalan akan di lipat gandakan.