Tahukah anda? (2)

By edy507 on 5:58 PM

Filed Under:


  • Jika sesuatu bulan bermula dengan hari Ahad, hari yang ketiga belas adalah hari Jumaat. Kalau ragu dengan fakta ini, sila lihat kalendar SEKARANG!
  • Tiga lagi fakta menarik: Lebih banyak manusia mati akibat nyamuk berbanding akibat perang, tali leher pertama kali dipakai di Croatia, dan New Zealand adalah negara pertama yang membenarkan perempuan mengundi dalam pilihan raya, iaitu pada 1890.
  • Sehingga kini tiada seorang pun tahu di mana mayat Voltaire berada kerana selepas kematian ahli falsafah terkenal Perancis itu pada 1778, kuburnya telah diceroboh. Pencurian itu hanya diketahui pada 1864, tetapi apabila keranda dibuka, mayat Voltaire tiada.
  • Rekod yang menakjubkan: Pada 31 Julai 1994, seorang rakyat Singapura bernama Simon Sang Sung telah menguli sebiji dot dan kemudian menjadikannya 8,192 juraian mi. Rekod ini diciptanya dalam masa 59.29 saat.
  • Dianggarkan terdapat 30,000 helai bulu terdapat pada jambang seorang lelaki.
  • Anda biasa dengar Kellogg Corn Flakes? Sebenarnya sarapan pagi dengan bijirin telah diperkenalkan oleh adik-beradik Kellogg iaitu Dr. John Henry Kellogg and adiknya, Will Keith Kellogg pada penghujung abad ke-19.
  • Jika anda terlihat buih-buih kecil keluar dari dasar kolam atau tasik, buih-buih itu mungkin sekali gas metana. Ini kerana gas metana terhasil daripada reputan humbuh-tumbuhan serta haiwan yang mati dan terperangkap di dalam lumpur.
  • Air panas lebih berat berbanding air sejuk. Kalau tidak percaya, cuba timbang.
  • Manusia adalah satu-satunya primat (mamalia peringkat tertinggi) yang tidak mempunyai pigmen pada telapak tangan.
  • Sut putih yang dipakai oleh John Travolta dalam filem Saturday Night Fever telah dilelong dengan harga RM475,275 manakala selipar merah Judy Garland pula, RM538,972. Sementara itu, topi dan tongkat Charlie Chaplin telah mendapat lelongan paling tinggi iaitu RM690,864, mengatasi jaket Elvis Presley, RM195,010, dan cermin mata John Lennon, RM84,520.
  • Para pengkaji fenomena paranormal menyatakan bahawa seseorang itu akan mencapai puncak kemampuan melihat hantu semasa dia berumur tujuh tahun. Percaya?
  • Daripada 266 orang Pope, 33 orang daripadanya mati dibunuh.
  • Raja Perancis, Louis IV (920-954 Masihi) mempunyai perut yang dua kali ganda lebih besar berbanding perut lelaki biasa. Beliau mati akibat jatuh daripada kuda, di Rheim. Maharaja Louis XIV (1638-1715) pula hanya mandi sekali dalam setahun, mempunyai 40 orang pembantu cemara peribadi (bulu ekor haiwan, seperti kuda dan lembu, yang dijadikan hiasan, misalnya pada tombok dan kipas) dan memiliki hampir 100 cerama. Satu lagi fakta menarik ialah Raja Louis XIV ini ditabalkan menjadi raja Perancis beberapa bulan sebelum mencapai usia lima tahun dan meninggal dunia ketika umurnya 77 tahun! Ertinya, Louis XIV memerintah Perancis selama 72 tahun!
  • Lima fakta ringkas yang menarik: Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa, perkataan marijuana diambil dari bahasa Spanyol, Mary Jane, lelaki lebih kerap tersedu berbanding wanita, lebih daripada 75 peratus negara di dunia berada di utara garisan Khatulistwa dan fakta terakhir, rama-rama tidak mempunyai perut.
  • Marie Curie, saintis yang mempunyai radium, mengkaji tentang radiasi dan memenangi Hadiah Nobel pada 1903 dan 1911, meninggal pada 4 Julai 1934 akibat keracunan radiasi.
  • Lagu kanak-kanak Twinkel Twinkel Little Star di tulih oleh Mozart semasa beliau berumur lima tahun. Nama sebenar Mozart ialah Johannes Chrysostomus Wolfgangus Theophilus Mozart.
  • Walaupun ramai yang menggelarnya sebagai manusia paling kejam di muka bumi kerana telah membunuh jutaan nyawa semasa Perang Dunia Kedua dahulu, pemerintah Jerman, Adolf Hitler sebenarnya manusia yang takutkan ruang sempit (clautrophobic). Oleh sebab itu, lif yang membawa Hitler ke markas Eagle's di kawasan Pergunungan Alps diperbuat daripada cermin supaya dia akan sentiasa berasa dirinya berada di tempat yang luas dan terbuka.
  • Molekul lemk yang terdapat di dalam susu kambing adalah lima kali lebih kecil berbanding di dalam susu lembu. Satu lagi fakta, susu kambing hanya mengambil masa 20 minit untuk dihadamkan, berbanding susu lembu, sejam.
  • Alat muzik tradisional Scotland, bagpipe, di hasilkan sepenuhnya menggunakan kulit kambing biri-biri.
  • Pergi ke cermin sekarang dan perhatikan hidung anda. Adakah hidung anda lurus, atau bengkok sedikit? Kalau bengkok, baguslah sebab pada zaman Rom purba, seseorang yang dilahirkan dengan hidung bengkok dipercayai bakal menjadi pemimpin.
  • Pil perancang keluarga juga berkesan ke atas gorila. Tapi fakta ini bukan bermaksud manusia setarah dengan gorila.
  • Rambut manusia dianggarkan tumbuh dengan kelajuan 0.000000016 kilometer sejam.

0 comments for this post